Showing posts with label facial care. Show all posts
Showing posts with label facial care. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

penjagaan muka mingguan : : hilangkan bintik hitam

Salam semua~ ^_^

Hujung minggu ni qis ingat nak kongsi sikit apa yang qis buat untuk penjagaan muka qis setiap minggu...yup..cara qis hilangkan bintik hitam kat hidung qis...ini memang qis buat setiap minggu...mungkin korang boleh apply tips-tips ni kalau korang rasa korang punye cara tak berjaya...

Kalau ikut cara tradisional..korang picit je hidung kuat-kuat sampai la keluar bintik hitam tu either ngan tangan je or guna alat khas..sebelum ni pun qis buat camtu tapi kena tahan sakit la...sekarang qis dah jumpa produk yang boleh tarik keluar bintik hitam tu so tak payah guna cara tradisional tu lagi..hoho..ni cara-cara qis hilangkan bintik hitam yang qis buat setiap minggu..

First selepas cuci muka dengan pencuci biasa korang scrub muka korang guna mana-mana ficial scrub yang sesuai dengan kulit korang...sekarang qis guna facial scrub dari brand simple..qis suka guna yang ni sebab banding dengan yang lain yang simple ni biji dia lagi halus..tak de la sakit sangat bila scrub muka tu..and yang ni jugak memang untuk hilangkan bintik hitam so bila scrub tu ada la dalam 20% bintik hitam keluar...

yg ni blh dpt kat mane2 kedai watson
Tujuan scrub muka ni untuk tanggalkan sel-sel kulit mati kasi licin muka..hehe..sebab tu setiap kali lepas scrub rasa licin dan lembut je kulit muka...dan satu lagi sebagai persediaan untuk step seterusnya...scrub jugak buat liang pori kat muka terbuka lebih luas sebab nak buang segala kekotoran dalam tu..jadi nanti lagi senang lah bintik hitam tu nak keluar nanti..

So next step...lepas scrub qis pakai peel off mask yang memang khas untuk liang pori dan mengeluarkan bintik hitam..tapi qis tak pakai mask ni kat satu muka..letak kat mana perlu sahaje macam hidung..so sebelum pakai mask tu kena sapu dulu toner kat bahagian muka yang tak pakai mask tu...jangan plak sapu toner kat hidung memang tak jadi la nanti sebab liang pori dah tertutup memang susah la nak keluar...

yup..mask hitam..hee
Yang ni korang boleh dapatkan di mana-mana kedai cosway yang berdekatan...harga tak mahal pun...dalam 20 lebih je...ok la sebab tahan lama sebab qis pakai sikit-sikit je...kalau korang nak pakai satu muka pun boleh..nak pakai kat bahgian belakang badan pun boleh..itu bagi yang ada jerawat kat situ..hoho

So ini lah cara qis hilangkan bintik hitam setiap minggu...harap-harap dapat membantu korang jugak..hehe..tapi jangan la p buat setiap hari plak..kang rosak muka yang cantik tu... ^_-

Friday, October 14, 2011

Penjagaan muka harian - ape yang anda perlu tahu





Hari ni qis nak kongsi sikit pasal penjagaan muka harian..hampir semua dah tahu basic dia dan cara nya macam mana..tapi qis nak kongsi apa yang qis dah belajar sebelum ni daripada majalah dan tv show cam Oprah..hee..sebab sebelum ni ada kawan qis yang salah cara nya dalam facial care ni..jikakalau apa yang qis kongsikan ini ada yang salah sila betulkan ye.. =)

Pertama - pencuci muka..yang ni wajib dalam penjagaan muka harian..at least sehari dua kali..korang mesti berhati-hati dalam memilih pencuci muka..tak semua produk pencuci muka sesuai untuk semua kulit..terutama yang kulit sensitif sebab kulit muka kita terdedah direct dengan bahan-bahan nya..

Kedua - toner atau penyegar...yang ni pun wajib..semasa kita mencuci muka liang pori-pori kat muka kita ni semua terbuka untuk keluarkan kekotoran yang terperangkap terutama minyak..so lepas cuci kita kena pakai toner ni untuk tutup balik..disini yang qis bagitau tadi yang kawan qis silap..lepas cuci muka dia biar je then bila nak keluar baru nak pakai toner..ini sangat salah ye kawan-kawan sebab kalau tak sapu toner terus nanti debu-debu atau benda-benda halus akan masuk liang pori yang terbuka tu dan hasil nya naik lah jerawat nye..;p

Ketiga juga terakhir - pelembap..yang ni nak pakai atau tak nak itu mengikut citarasa masing-masing..qis pakai sebab muka rasa kering sikit selepas cuci..tetapi pelembap juga penting kalau korang nak bermakeup..sebelum pakai makeup make sure korang pakai pelembap..ini nak menghalang bahan-bahan makeup daripada serap masuk kulit..=)

itu saja setakat ni..kalau korang mengamalkan penjagaan muka harian dengan betul insyallah muka kita sentiasa tampak bersih dan berseri macam qis ni..

ok..gambar terlebih poyo..ngee ^_^