Sunday, October 30, 2011

penjagaan muka mingguan : : hilangkan bintik hitam

Salam semua~ ^_^

Hujung minggu ni qis ingat nak kongsi sikit apa yang qis buat untuk penjagaan muka qis setiap minggu...yup..cara qis hilangkan bintik hitam kat hidung qis...ini memang qis buat setiap minggu...mungkin korang boleh apply tips-tips ni kalau korang rasa korang punye cara tak berjaya...

Kalau ikut cara tradisional..korang picit je hidung kuat-kuat sampai la keluar bintik hitam tu either ngan tangan je or guna alat khas..sebelum ni pun qis buat camtu tapi kena tahan sakit la...sekarang qis dah jumpa produk yang boleh tarik keluar bintik hitam tu so tak payah guna cara tradisional tu lagi..hoho..ni cara-cara qis hilangkan bintik hitam yang qis buat setiap minggu..

First selepas cuci muka dengan pencuci biasa korang scrub muka korang guna mana-mana ficial scrub yang sesuai dengan kulit korang...sekarang qis guna facial scrub dari brand simple..qis suka guna yang ni sebab banding dengan yang lain yang simple ni biji dia lagi halus..tak de la sakit sangat bila scrub muka tu..and yang ni jugak memang untuk hilangkan bintik hitam so bila scrub tu ada la dalam 20% bintik hitam keluar...

yg ni blh dpt kat mane2 kedai watson
Tujuan scrub muka ni untuk tanggalkan sel-sel kulit mati kasi licin muka..hehe..sebab tu setiap kali lepas scrub rasa licin dan lembut je kulit muka...dan satu lagi sebagai persediaan untuk step seterusnya...scrub jugak buat liang pori kat muka terbuka lebih luas sebab nak buang segala kekotoran dalam tu..jadi nanti lagi senang lah bintik hitam tu nak keluar nanti..

So next step...lepas scrub qis pakai peel off mask yang memang khas untuk liang pori dan mengeluarkan bintik hitam..tapi qis tak pakai mask ni kat satu muka..letak kat mana perlu sahaje macam hidung..so sebelum pakai mask tu kena sapu dulu toner kat bahagian muka yang tak pakai mask tu...jangan plak sapu toner kat hidung memang tak jadi la nanti sebab liang pori dah tertutup memang susah la nak keluar...

yup..mask hitam..hee
Yang ni korang boleh dapatkan di mana-mana kedai cosway yang berdekatan...harga tak mahal pun...dalam 20 lebih je...ok la sebab tahan lama sebab qis pakai sikit-sikit je...kalau korang nak pakai satu muka pun boleh..nak pakai kat bahgian belakang badan pun boleh..itu bagi yang ada jerawat kat situ..hoho

So ini lah cara qis hilangkan bintik hitam setiap minggu...harap-harap dapat membantu korang jugak..hehe..tapi jangan la p buat setiap hari plak..kang rosak muka yang cantik tu... ^_-

Thursday, October 27, 2011

Ao no exorcist with 2PM!

Kyaaaa!ops..duk galok plop doh...ngee..salam semua ^_^v

hehe..mesti korang tertanya-tanya kan kan kan?sape yang kenal 2PM mesti dah boleh agak yang qis nak cakap pasal kpop..hoho..tapi bukan kpop je...ni pasal anime jugak..haha..dua benda yang qis suka sangat..ngee :))

Ao no exorcist adalah latest anime yang jadi fevret qis..rase nye baru habis tayang kat jepun..tapi qis dah habiskan semua 25 episod semalam..hoho..@_@ sebab memang anime yang ni memang best sangat-sangat..yang tambah best lagi OST dia lagu daripada 2PM tuuu...^^.

Lagu 2pm ni dia letak sebagai penutup anime ni..mula-mula tu masa dah tengok habis 1st episod memang dah rutin qis skip lagu terus tengok episod 2..tapi masa 1 saat dengar lagu tu - macam familiar je beat lagu ni..tak macam ost anime biasa...3 saat lepas dengar - macam kenal je suara ni..sape ek??..lepas 10 saat - eh..nama 2pm tayang kat screen...oooo...patut la...hahaha..

Tak pernah lagi korean idol nyanyi lagu jepun yang jadi ost anime..rasanya lah..tak tau lah kot tak terperasan..yang qis jadi lekat dengar sampai habis lagu penutup anime tu sebab beat dia familiar sangat..standard 2pm punya style..mana tak nya...JYP sendiri yang buat lagu tu~

Pape pun anime ni memang syiok habis tengok..hee...ops..lupa plak nak bagitahu..lagu 2PM tu tajuk dia Take Off..memang best..yang ni memang original dalam bahasa Jepun..bahasa korea nya tak de ye...


Enjoy~ hee...and oh...for those who would like to watch Ao no exorcist..you can download them from here
http://www.ons-team.com/
bagi yang suka anime jenis action or supernatural boleh la tengok.. =)

Tuesday, October 25, 2011

Kamu adalah orang-orang yang tak takutkan Allah

Salam semua ^_^...qis nak share satu story yang dapat dari kawan..course kami ada 1 subjek yang agak susah jugak nak faham..dia tanya kat lecturer tips untuk memahami subjek tu..then ini jawapan lecturer kami~

A story to ponder
Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh ...Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh

Monday, October 24, 2011

I.L.Y

Entri sebelum p tido..^_^

Somehow for me this is very meaningful...gud nite everybody~

Snap! Snap!

Say cheese~ hehe..sume tarik mulut sampai ke telinga...ni lagi satu benda yang qis suka..mengambil gambar dan diambil gambar..haha..nak kata hobi pun tak..sebab tak macam orang yang memang hobi ni hobi dia..qis tak mampu nak memiliki dslr...hoho..

Sebelum ni qis guna camera digital nikon je ambik gambar..sejak beli galaxy ace memang guna yang tu je..senang dibawa ke mana-mana (memang kena selalu bawak pun..=p)..gambar-gambar yang ada dalm blog ni sejak mula post balik tahun ni pun ambik ngan hp then edit kat picasa pastu tempek kat sini..

Qis ada terjumpa satu on9 shop yang jual camera ni..kepada peminat lomo and polaroid mesti korang suka site ni...shop ni bukan jual camera canggih-canggih tu ye...qis pun tak nak beli camera digital or dslr online..baik p kedai..kat shop ni macam-macam jenis lomo dia jual..yang boleh bawak masuk air pun ada..tak boleh bawak masuk air pun ada...satu lense pun ada..4 lense pun ada...jepun punya ada..korea punya pun ada~qis pun teringin jugak nak beli polaroid tu...tapi buat masa ni ta dapat ler..tak de bajet...huhu T_T


ni lomo..ala..camera dulu2 tu..yang guna filem tu~

ni la polaroid..duk story dari tadi kot ada yg x tau polaroid tu ape..  

Sape-sape yang berminat boleh la singgah shop ni nanti..kot ada bajet lebih boleh beli untuk qis satu ek..ngee ^_^v
http://kawaii-store.blogspot.com/

Sunday, October 23, 2011

Favourite novelis | Hlovate

Salam semua ^_^

Kali ni citer pasal penulis novel fevret qis..sape-sape yang memang kaki novel mesti kenal penulis yang bernama Hlovate...kenapa dia fevret qis..sebab tulisan dia lain daripada yang lain and story line dia pun sangat lain..cara dia yang sempoi buat qis rasa seronok baca novel dia..dan tak macam novelis yang lain Hlovate juga serapkan nilai-nilai Islam walaupun cerita berkisar tentang percintaan antara laki dengan perempuan..hoho..panjang explanation..hee..

Tapi qis memang suka gaya sempoi dia dalam menulis ni sebab tak macam yang lain guna formal punye..novel dia yang pertama qis baca kalau tak silap Aa+Bb..lepas tu memang cari buku dia yang lain..sampai sekarang qis tunggu buku dia..tak cari pun yang lain...dan yang latest ialah Contengan Jalanan..yang ni lagi unik...dua cerita dalam satu buku..depan belakang tak boleh nak beza..so tak tau nak baca yang mana dulu..ke memang tak kisah mane-mane?hmmm....

depan
belakang..or yang ni depan?@_@
Sekarang ni tengah nak cari masa baca novel ni..huhu bila entah boleh habiskan dengan masa yang banyak ni...huhu..

Thursday, October 20, 2011

My biz partner

Salam semua~ ^_^

Hari ni nak story pasal partner bisnes qis plak...dia baru je join dalam seminggu lebih kurang..hee..sebelum ni qis solo je sekarang dah ada partner tak ada la sunyi sangat..and at least nanti dah ada orang tolong jahit-jahit ni tak de la busy sangat nanti..hehe..sebelum ni agak busy jugak dengan kelas, assignments, etc dan tambah dengan nak siapkan order-order..huhu..tak teratur rasa masa..sekarang ni dah ada yang join ok skit..hehe..

haa..partner qis..shai namanya..ngee
Shai ni sebenarnya baru nak berjinakjinak dengan craft..masa break semester sebelum ni dia start belajar..qis pun ajak dia join..lagipun bisnes ni memang perlu minat yang dalam..kalau minat gitu-gitu je baik tak payah buat..sebelum ni shai dah datang bilik dan qis ajar mana-mana yang patut..dan kitorang buat ribbon brooch baru...



Ini baru dua pattern..ada lagi 6 kena buat..huhu..nak kena buat cepat-cepat boleh la bukak kedai awal-awal..hehe ^_^v