Saturday, September 18, 2010

Spring cleaning...rajin nya?

Alat yang digunakan : -
penyapu
duster
wiper set
kain buruk
mp4 (wajib ada >.<)



Sudah menjadi kebiasaan aku, sampai je mahallah (hostel/asrama/kolej) perkara pertama yang aku buat (selepas bangun daripada tidur) ialah cuci compartment aku nih. Iye la, sampai subuh. Selepas solat terus tidur. Muahahaha....

Tak tau kenapa, kat sini kuat sangat berdebu. Kalah matrik aku yang kat PJ dulu. Sini keliling hutan, tapi debu mashaallah banyak oiii....Kalau sapu je memang tak cukup. Debu ni kan suka terbang, kita sapu nanti dia landing balik. Macam tak sapu je -.-. Kipas pun tak sampai setgh tahun dah kena lap. Kalau tak berat nanti tak rasa angin kipas tu.

Sambil kemas sambil dengar lagu korea adalah kewajiban aku (sambil melalak sorg2 kat bilik ada la -.-). Nasib baik ada wiper set kerja mencuci lebih senang. Bukan senang nak cuci kipas tuh (tak sampai kot). Debu2 pun licin. Lap je lantai tu senang. Lap situ lap sini siap! ^_^

 Nasib baik kecik je bilik ni kalau tak jenuh jugak. @_@

No comments:

Post a Comment