Sunday, October 30, 2011

penjagaan muka mingguan : : hilangkan bintik hitam

Salam semua~ ^_^

Hujung minggu ni qis ingat nak kongsi sikit apa yang qis buat untuk penjagaan muka qis setiap minggu...yup..cara qis hilangkan bintik hitam kat hidung qis...ini memang qis buat setiap minggu...mungkin korang boleh apply tips-tips ni kalau korang rasa korang punye cara tak berjaya...

Kalau ikut cara tradisional..korang picit je hidung kuat-kuat sampai la keluar bintik hitam tu either ngan tangan je or guna alat khas..sebelum ni pun qis buat camtu tapi kena tahan sakit la...sekarang qis dah jumpa produk yang boleh tarik keluar bintik hitam tu so tak payah guna cara tradisional tu lagi..hoho..ni cara-cara qis hilangkan bintik hitam yang qis buat setiap minggu..

First selepas cuci muka dengan pencuci biasa korang scrub muka korang guna mana-mana ficial scrub yang sesuai dengan kulit korang...sekarang qis guna facial scrub dari brand simple..qis suka guna yang ni sebab banding dengan yang lain yang simple ni biji dia lagi halus..tak de la sakit sangat bila scrub muka tu..and yang ni jugak memang untuk hilangkan bintik hitam so bila scrub tu ada la dalam 20% bintik hitam keluar...

yg ni blh dpt kat mane2 kedai watson
Tujuan scrub muka ni untuk tanggalkan sel-sel kulit mati kasi licin muka..hehe..sebab tu setiap kali lepas scrub rasa licin dan lembut je kulit muka...dan satu lagi sebagai persediaan untuk step seterusnya...scrub jugak buat liang pori kat muka terbuka lebih luas sebab nak buang segala kekotoran dalam tu..jadi nanti lagi senang lah bintik hitam tu nak keluar nanti..

So next step...lepas scrub qis pakai peel off mask yang memang khas untuk liang pori dan mengeluarkan bintik hitam..tapi qis tak pakai mask ni kat satu muka..letak kat mana perlu sahaje macam hidung..so sebelum pakai mask tu kena sapu dulu toner kat bahagian muka yang tak pakai mask tu...jangan plak sapu toner kat hidung memang tak jadi la nanti sebab liang pori dah tertutup memang susah la nak keluar...

yup..mask hitam..hee
Yang ni korang boleh dapatkan di mana-mana kedai cosway yang berdekatan...harga tak mahal pun...dalam 20 lebih je...ok la sebab tahan lama sebab qis pakai sikit-sikit je...kalau korang nak pakai satu muka pun boleh..nak pakai kat bahgian belakang badan pun boleh..itu bagi yang ada jerawat kat situ..hoho

So ini lah cara qis hilangkan bintik hitam setiap minggu...harap-harap dapat membantu korang jugak..hehe..tapi jangan la p buat setiap hari plak..kang rosak muka yang cantik tu... ^_-

Thursday, October 27, 2011

Ao no exorcist with 2PM!

Kyaaaa!ops..duk galok plop doh...ngee..salam semua ^_^v

hehe..mesti korang tertanya-tanya kan kan kan?sape yang kenal 2PM mesti dah boleh agak yang qis nak cakap pasal kpop..hoho..tapi bukan kpop je...ni pasal anime jugak..haha..dua benda yang qis suka sangat..ngee :))

Ao no exorcist adalah latest anime yang jadi fevret qis..rase nye baru habis tayang kat jepun..tapi qis dah habiskan semua 25 episod semalam..hoho..@_@ sebab memang anime yang ni memang best sangat-sangat..yang tambah best lagi OST dia lagu daripada 2PM tuuu...^^.

Lagu 2pm ni dia letak sebagai penutup anime ni..mula-mula tu masa dah tengok habis 1st episod memang dah rutin qis skip lagu terus tengok episod 2..tapi masa 1 saat dengar lagu tu - macam familiar je beat lagu ni..tak macam ost anime biasa...3 saat lepas dengar - macam kenal je suara ni..sape ek??..lepas 10 saat - eh..nama 2pm tayang kat screen...oooo...patut la...hahaha..

Tak pernah lagi korean idol nyanyi lagu jepun yang jadi ost anime..rasanya lah..tak tau lah kot tak terperasan..yang qis jadi lekat dengar sampai habis lagu penutup anime tu sebab beat dia familiar sangat..standard 2pm punya style..mana tak nya...JYP sendiri yang buat lagu tu~

Pape pun anime ni memang syiok habis tengok..hee...ops..lupa plak nak bagitahu..lagu 2PM tu tajuk dia Take Off..memang best..yang ni memang original dalam bahasa Jepun..bahasa korea nya tak de ye...


Enjoy~ hee...and oh...for those who would like to watch Ao no exorcist..you can download them from here
http://www.ons-team.com/
bagi yang suka anime jenis action or supernatural boleh la tengok.. =)

Tuesday, October 25, 2011

Kamu adalah orang-orang yang tak takutkan Allah

Salam semua ^_^...qis nak share satu story yang dapat dari kawan..course kami ada 1 subjek yang agak susah jugak nak faham..dia tanya kat lecturer tips untuk memahami subjek tu..then ini jawapan lecturer kami~

A story to ponder
Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal (peperiksaan pertama) bagi maddah (pelajaran) Fiqh ...Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh

Monday, October 24, 2011

I.L.Y

Entri sebelum p tido..^_^

Somehow for me this is very meaningful...gud nite everybody~

Snap! Snap!

Say cheese~ hehe..sume tarik mulut sampai ke telinga...ni lagi satu benda yang qis suka..mengambil gambar dan diambil gambar..haha..nak kata hobi pun tak..sebab tak macam orang yang memang hobi ni hobi dia..qis tak mampu nak memiliki dslr...hoho..

Sebelum ni qis guna camera digital nikon je ambik gambar..sejak beli galaxy ace memang guna yang tu je..senang dibawa ke mana-mana (memang kena selalu bawak pun..=p)..gambar-gambar yang ada dalm blog ni sejak mula post balik tahun ni pun ambik ngan hp then edit kat picasa pastu tempek kat sini..

Qis ada terjumpa satu on9 shop yang jual camera ni..kepada peminat lomo and polaroid mesti korang suka site ni...shop ni bukan jual camera canggih-canggih tu ye...qis pun tak nak beli camera digital or dslr online..baik p kedai..kat shop ni macam-macam jenis lomo dia jual..yang boleh bawak masuk air pun ada..tak boleh bawak masuk air pun ada...satu lense pun ada..4 lense pun ada...jepun punya ada..korea punya pun ada~qis pun teringin jugak nak beli polaroid tu...tapi buat masa ni ta dapat ler..tak de bajet...huhu T_T


ni lomo..ala..camera dulu2 tu..yang guna filem tu~

ni la polaroid..duk story dari tadi kot ada yg x tau polaroid tu ape..  

Sape-sape yang berminat boleh la singgah shop ni nanti..kot ada bajet lebih boleh beli untuk qis satu ek..ngee ^_^v
http://kawaii-store.blogspot.com/

Sunday, October 23, 2011

Favourite novelis | Hlovate

Salam semua ^_^

Kali ni citer pasal penulis novel fevret qis..sape-sape yang memang kaki novel mesti kenal penulis yang bernama Hlovate...kenapa dia fevret qis..sebab tulisan dia lain daripada yang lain and story line dia pun sangat lain..cara dia yang sempoi buat qis rasa seronok baca novel dia..dan tak macam novelis yang lain Hlovate juga serapkan nilai-nilai Islam walaupun cerita berkisar tentang percintaan antara laki dengan perempuan..hoho..panjang explanation..hee..

Tapi qis memang suka gaya sempoi dia dalam menulis ni sebab tak macam yang lain guna formal punye..novel dia yang pertama qis baca kalau tak silap Aa+Bb..lepas tu memang cari buku dia yang lain..sampai sekarang qis tunggu buku dia..tak cari pun yang lain...dan yang latest ialah Contengan Jalanan..yang ni lagi unik...dua cerita dalam satu buku..depan belakang tak boleh nak beza..so tak tau nak baca yang mana dulu..ke memang tak kisah mane-mane?hmmm....

depan
belakang..or yang ni depan?@_@
Sekarang ni tengah nak cari masa baca novel ni..huhu bila entah boleh habiskan dengan masa yang banyak ni...huhu..

Thursday, October 20, 2011

My biz partner

Salam semua~ ^_^

Hari ni nak story pasal partner bisnes qis plak...dia baru je join dalam seminggu lebih kurang..hee..sebelum ni qis solo je sekarang dah ada partner tak ada la sunyi sangat..and at least nanti dah ada orang tolong jahit-jahit ni tak de la busy sangat nanti..hehe..sebelum ni agak busy jugak dengan kelas, assignments, etc dan tambah dengan nak siapkan order-order..huhu..tak teratur rasa masa..sekarang ni dah ada yang join ok skit..hehe..

haa..partner qis..shai namanya..ngee
Shai ni sebenarnya baru nak berjinakjinak dengan craft..masa break semester sebelum ni dia start belajar..qis pun ajak dia join..lagipun bisnes ni memang perlu minat yang dalam..kalau minat gitu-gitu je baik tak payah buat..sebelum ni shai dah datang bilik dan qis ajar mana-mana yang patut..dan kitorang buat ribbon brooch baru...



Ini baru dua pattern..ada lagi 6 kena buat..huhu..nak kena buat cepat-cepat boleh la bukak kedai awal-awal..hehe ^_^v

late night snack

koko crunch with a glass of milk~

yummy yum~ ^^

Makan sambil layan drama korea city hunter sebelum tido..makan koko crunch malam- malam tak gemuk kan???hee..^_^v

Tuesday, October 18, 2011

Yay siap!

Akhir nya siap jugak tweet tweet yang diorder kawan..time kasih kerana sabar menunggu..hoho




Ok..sekarang nak kena concentrate ngan assignment and quiz plak..huhu..T_T..chiow~

Monday, October 17, 2011

Okay..this is awkward

Baru tadi post entri pasal nak shopping contact lense..then p la jenguk blog abg ben kejap nak blogwalk..ape skroll sampai bawah ini plak yang qis nampak...

Ada blogger post pasal bahaya contact lense..qis plak post beli contact lense...hehe..sebelum post tadi tak p jalan kat blog abg ben..tu yang ada situasi mcam ni..hoho...

Bahaya ke tak pakai contact lense ni itu adalah pandangan masing-masing..bagi qis tak bahaya sebab qis bukan nya pakai p BBQ bagai tu..pakai time p jalan-jalan je..kat rumah jadi nerd..pakai spek...hehe..p kelas pun speky jer..

Tapi satu je la..kalau korang nak pakai lense ni memang kena titik beratkan kebersihan..sebab benda ni kita letak kat mata..organ yang sensitif...bila cuci lense tu kena cuci betul-betul..bukan main hentam siram ngan air sabun je..

Jom shopping Contact Lense

Ngehehehe...qis sekarang ni tengah usha contact lense baru...yang sebelum ni pun da agak lama pakai..contact lense tak elok pakai lama-lama walaupun duration dia setahun..hoho..so kena la beli yang baru..tapi sampai sekarang tak dapat nak decide lagi nak beli mana satu..banyak sangat pilihan..qis setakat ni beli online je..nak beli kedai punya mahal der...ni ada dua on9 shop yang qis selalu jenguk...

Deeana EyeBeauty Shoppe
Angelic Shoppe

Qis biasa ambik lense colornya nampak natural..macam brown atau dark brown..tapi sekarang rasa nak try pink plak..hehehe..

Sunday, October 16, 2011

Stressed = Dessert

Entry for ladies..mesti korang setuju sangat-sangat..hee..^^..sumber daripada facebook

Well give me anything that is in chocolate flavor..that will make my day better =)

Saturday, October 15, 2011

petang yang panas

Huhu..cuaca hari ini sangat panas...terutama petang..nak buat assignment pun takde mood..lebihkan laptop daripada kertas..ngee ^^..

Oleh sebab tak dapat nak buat assignment kita buat kerja plak..hehe...nak kena siapkan order kawan..sebelum ni sempat gunting je..tak sempat nak jahit...


tweet tweet~
Dan petang tadi sempat siapkan satu..nak siapkan satu ni pun ambil masa jugak..huhu T_T..tapi tak pe..I love making this stuff..hee =)

yellow bird ^^.
Kat belakang ada nama sebenar nya tapi lupa nak snap..tunjuk yang depan je dulu...hehe..ada lagi empat nak kena siapkan..oh..qis ada kawan yang nak join sekaki dalam bisnes ni tapi tu citer kat entri lain plak..ngee ^_^v

Friday, October 14, 2011

Penjagaan muka harian - ape yang anda perlu tahu





Hari ni qis nak kongsi sikit pasal penjagaan muka harian..hampir semua dah tahu basic dia dan cara nya macam mana..tapi qis nak kongsi apa yang qis dah belajar sebelum ni daripada majalah dan tv show cam Oprah..hee..sebab sebelum ni ada kawan qis yang salah cara nya dalam facial care ni..jikakalau apa yang qis kongsikan ini ada yang salah sila betulkan ye.. =)

Pertama - pencuci muka..yang ni wajib dalam penjagaan muka harian..at least sehari dua kali..korang mesti berhati-hati dalam memilih pencuci muka..tak semua produk pencuci muka sesuai untuk semua kulit..terutama yang kulit sensitif sebab kulit muka kita terdedah direct dengan bahan-bahan nya..

Kedua - toner atau penyegar...yang ni pun wajib..semasa kita mencuci muka liang pori-pori kat muka kita ni semua terbuka untuk keluarkan kekotoran yang terperangkap terutama minyak..so lepas cuci kita kena pakai toner ni untuk tutup balik..disini yang qis bagitau tadi yang kawan qis silap..lepas cuci muka dia biar je then bila nak keluar baru nak pakai toner..ini sangat salah ye kawan-kawan sebab kalau tak sapu toner terus nanti debu-debu atau benda-benda halus akan masuk liang pori yang terbuka tu dan hasil nya naik lah jerawat nye..;p

Ketiga juga terakhir - pelembap..yang ni nak pakai atau tak nak itu mengikut citarasa masing-masing..qis pakai sebab muka rasa kering sikit selepas cuci..tetapi pelembap juga penting kalau korang nak bermakeup..sebelum pakai makeup make sure korang pakai pelembap..ini nak menghalang bahan-bahan makeup daripada serap masuk kulit..=)

itu saja setakat ni..kalau korang mengamalkan penjagaan muka harian dengan betul insyallah muka kita sentiasa tampak bersih dan berseri macam qis ni..

ok..gambar terlebih poyo..ngee ^_^

Thursday, October 13, 2011

bila bosan melanda

Question..korang nampak tak tulisan kat board tu?dah la duk belakang..lecturer guna marker merah plak tu..huhu T_T..
Published with Blogger-droid v1.7.4

A mathematic fiction

Wednesday, October 12, 2011

Yes berjaya!

Ngee..suka suka suka...akhirnya berjaya buat favicon sendiri..yang sebelum ni pinjam yang orang punye je..my own favicon ^_^v..buat sendiri ni tau..ok tak??hee..ni buat guna paint.net...tak mampu nak guna adobe photoshop..huhu...

Next mission..nak buat header plak..^^.

testing..testing..

Ehem2..tengah test guna blogger-driod..ngee.. ^_^v..baru je install tadi..kalau lancar boleh la nak post setiap masa..hee..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 11, 2011

The reality of student's life


The funny thing is..it is soooo true! Sape setuju angkat kaki..hee ;p

Monday, October 10, 2011

Give away by anis athia


First time join GA..^^..banyak jugak hadiah2 menarik..kot2 lucky dapat salah satu..ngee..

Sunday, October 9, 2011

Ben Ashaari bukak segment lagi!


Cepat ambik peluang ini! Aku juga mengambil kesempatan untuk grab peluang yang ada..hee ^_^..tapi tak tau la kena ngan syarat ke tak..nak tahu lebih lanjut klik je gambar abg ben tu..

Actually, ni first time join segment abg ben..sebelum ni tak sempat walaupun dah lama dah follow abg ben ni..kali ni sementara ada masa aku join..teringin jgk nak masuk bloglist abg ben..dia suruh buat entri baru yang menarik..tapi aku tak tahu ape lagi yang lebih menarik berbanding ngan yang ni...sape-sape yang terbaca tajuk ni mesti berminat kan? kan? kan?

Blog aku ni dah lama..nak dekat dua tahun da...huhu..tapi aku on off je..follower pun tak ramai..sekarang ni nak start serius..harap-harap terpilih la masuk bloglist abg ben nti..=)

So kalau korang berminat boleh la join...time limit sampai pagi esok je..so cepat-cepat la ye ^_^

Friday, October 7, 2011

Jom check handphone ori ke tak

Korang semua mesti ada handphone kan? kan? kan? tapi handphone korang ni confirm ke original seperti yang diclaim oleh penjual? lain la kalau korang beli AP punye tu lain cerita...


Semalam ada seorang kawan post kat FB camne nak check status original handphone..jom tengok cara nak check..mudah je..

1.sila lah type kat handfon *#06#
2.then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
3.semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
4.contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*lau contoh ni no IMEI adalah 01
utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:

-02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
-08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
-01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
-00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
-13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Alhamdulillah..handphone qis ori..takut jugak kot kena tipu kan?qis nye IMEI 04 - best mobile quality tu..hee ^_^v 

Wednesday, October 5, 2011

Blog qiss yang ringan *wink*

Uhuk2..berhabuk sudah blog..lama tak update...tadi sempat blog walk..p siggah blog abang ben . Cuba bagitau sape yang tak singgah blog dia??haha..jalan punya jalan ada singgah satu site yang menarik perhatian - http://tipsbelog.blogspot.com/ ..haa..ada salah satu post tentang macam mana nak ringankan blog korang..qis pun kalau boleh tak nak blog ni berat..tambah dengan line internet yang macam siput..kalau berat qis sendiri tak nak bukak blog sendiri..betul tak?

Tuan blog tu ada kasi satu link nak test size blog - http://www.iwebtool.com/speed_test . korang boleh la test..qis dah test and result size blog qis adalah 94kb - untuk masa ni..haha..kira size yang boleh diterima la..lebih daripada 100kb dikatakan berat jugak.

Andai kata size blog korang lebih daripada 100kb boleh la singgah blog ni untuk tips-tips meringankan blog..banyak tips yang dia kasi yang boleh di applykan di blog korang ^_^