Friday, November 4, 2011

Hati-hati shopping online

Salam semua ^_^

Dah masuk bulan november dah sekarang..cepat je rasa masa berlalu..rasa baru aritu daftar sem baru sekarang dah start mid break da...ok..back to topic...ni sebagai peringatan la kat korang..manusia ni kan macam-macam ragam..mesti adanya sesat daripada jalan straight yang ada ni p belok kiri kanan..ada yang siap turn lagi..hehe bermetafor plak...iye la...yang halal ada tapi dia nak jugak yang haramkan..

Qis setakat ni alhamdulillah tak jumpa lagi yang peniaga yang menipu..maybe sebab qis sangat berhati-hati sebelum buat keputusan nak membeli barang online..dan setakat ni yang qis beli pun barang yang tak senang nak jumpa kat mall atau kedai macam cosmetics lens and barang-barang nak buat craft ni...lagipun harga yang ditawarkan pun murah..yang lagi best tak payah nak letih-letih jalan satu kedai ke satu kedai..lepas jumpa yang berkenan order then bayar..lusa sampai depan mata..senang..hee ^_^

Tapi qis selalu jugak beringat sebelum nak beli...biasanya qis singgah site-site yang orang recommend or yang letak kat bloglist masing-masing..kalau yang direcommend mesti la diorang pernah beli kan ngan kedai tu..yang kedua qis tengok respond customer..yang ni kalau yang FB senang..boleh tengok orang comment atau yang diorang post kat wall..kalau feedback bagus konpem la tuan kedai tu orang serius dan jujur dalam bisnes diorang..tapi kalau ada yang negatif lebih baik jangan berurus niaga dengan diorang..camtu je...senang kan?

Ni qis ada jumpa page dalam FB yang memang khas tempat orang wat aduan pasal peniaga yang menipu..masa qis tengok tu baru tahu memang betul ada yang menipu..terbukak sekejap mata tengok page tu..hee..memang kena berhati-hati..korang boleh la refer page-page ni..kat sini korang boleh la tanya dan tau mana satu peniaga yang jujur and peniaga yang menipu..





 Korang klik je gambar kat atas tu...at least sebelum membeli korang dah tau kedai mana yang menipu..=) 

No comments:

Post a Comment