Monday, August 29, 2011

Hari Terakhir

Pada hari ini genap lah sebulan umat Islam berpuasa. Dan pada hari ini juga adalah hari terakhir kami berpuasa. (ehem..serius kejap..hee). Tapi pada hari terakhir inilah aku didatangi ujian..ak jatuh demam suda...T_T Haish..memang tak syok demam2 ni..tekak sakit, kepala rasa berat, satu badan rasa sakit..huhu..

Tapi aku tetap bersyukur kerana ramadhan kali ini bagi aku paling best. Sebab tahun ini sepanjang bulan ramadhan ni aku cuti semester dan puasa kat rumah je satu bulan..hehe..rasanya sudah 6 tahun aku puasa di perantauan (cewah!) semenjak aku masuk sekolah SBP masa tingkatan 4. Dapat jimat duit and tak payah nak berebut beli makanan kat kafe. Kalau dekat uni memang awal2 dah kena turun beli..kalau tak habis semua lauk-pauk..tinggal kena beli nasi yang mahal2..mana la tak jimat kan...kat rumah nak apa bagitau je tak payah nak terliur je tengok kuih - muih yang dijual..nak jimat la kononnya..hehe..Alhamdulillah..=)

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada semua umat Islam diseluruh dunia. Harap2 umur masih panjang agar aku dapat bertemu lagi dengan ramadhan akan datang..insyaallah..


SELAMAT HARI RAYA SEMUA =)

No comments:

Post a Comment