Friday, October 14, 2011

Penjagaan muka harian - ape yang anda perlu tahu





Hari ni qis nak kongsi sikit pasal penjagaan muka harian..hampir semua dah tahu basic dia dan cara nya macam mana..tapi qis nak kongsi apa yang qis dah belajar sebelum ni daripada majalah dan tv show cam Oprah..hee..sebab sebelum ni ada kawan qis yang salah cara nya dalam facial care ni..jikakalau apa yang qis kongsikan ini ada yang salah sila betulkan ye.. =)

Pertama - pencuci muka..yang ni wajib dalam penjagaan muka harian..at least sehari dua kali..korang mesti berhati-hati dalam memilih pencuci muka..tak semua produk pencuci muka sesuai untuk semua kulit..terutama yang kulit sensitif sebab kulit muka kita terdedah direct dengan bahan-bahan nya..

Kedua - toner atau penyegar...yang ni pun wajib..semasa kita mencuci muka liang pori-pori kat muka kita ni semua terbuka untuk keluarkan kekotoran yang terperangkap terutama minyak..so lepas cuci kita kena pakai toner ni untuk tutup balik..disini yang qis bagitau tadi yang kawan qis silap..lepas cuci muka dia biar je then bila nak keluar baru nak pakai toner..ini sangat salah ye kawan-kawan sebab kalau tak sapu toner terus nanti debu-debu atau benda-benda halus akan masuk liang pori yang terbuka tu dan hasil nya naik lah jerawat nye..;p

Ketiga juga terakhir - pelembap..yang ni nak pakai atau tak nak itu mengikut citarasa masing-masing..qis pakai sebab muka rasa kering sikit selepas cuci..tetapi pelembap juga penting kalau korang nak bermakeup..sebelum pakai makeup make sure korang pakai pelembap..ini nak menghalang bahan-bahan makeup daripada serap masuk kulit..=)

itu saja setakat ni..kalau korang mengamalkan penjagaan muka harian dengan betul insyallah muka kita sentiasa tampak bersih dan berseri macam qis ni..

ok..gambar terlebih poyo..ngee ^_^

5 comments:

  1. Aii.. singgah blog awk.
    Cantik blog!
    Nak tnya la.. Nama apa tulisan untuk tajuk entry ni? lawa la..

    ReplyDelete
  2. nama tulisan ni pea sugar noodles =)

    ReplyDelete
  3. sy dh siap download dah.. hehehe.. TQ

    ReplyDelete
  4. keh keh keh.. nnt sy amalkan.. aww

    ReplyDelete